5 Jun 2022 - Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) atas kejayaan menjuarai Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2022 selepas menewaskan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan jaringan 2-1 di pentas akhir pada petang ini bertempat di Stadium Perak, Ipoh.