Pemeriksaan dan penguatkuasaan diadakan bagi menjaga aspek kebersihan khususnya dari aspek fizikal, peralatan, struktur persekitaran, penyimpanan makanan, kawalan binatang dan kebersihan diri. Majlis Perbandaran Taiping sentiasa bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengadakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pengusaha dan pengendali makanan.